Tuesday 12 March 2019

Uniform dan Cari Makan

Aku submit borang permohonan kerja semalam. Aku lihat rata-rata staf di sana beruniform biru dan kemas. Aku pula di office, berbaju band sentiasa. Rebel brader, rebel. Aku reject berpakaian kemas ini kerana pada pendapat aku, berpakaian kemas ini berpura-pura saja walhal kualiti kerja aku atau orang lain pun biasa-biasa saja. Kerja jalan dan happy, selesailah. Imej syarikat apa benda?

Berpakaian kemas, bullshit. Pakai uniform double bullshit.

Tapi itu lah ya. Se-rebel mana pun kita. Dah masuk mana-mana tempat kerja, akur saja rules/law syarikat. Redha aje lah. Cari makan, brader.

Eh, "redha aje lah" ni kalau Ishak cakap, sabar je lah...

Monday 28 January 2019

Identiti Tak Disengajakan

Sangat pedih hati ini bila melihat Nissin i40 patah di bahagian connection pin. Gua hampir give-up dengan gadget. Apa barang shoot gig guna built-in flash? Jadi terpaksa gua muncul dengan identiti yang baru untuk shoot gig. Bertemankan trigger dan speedlight, maka jadilah ia.

Akur dengan gaya lama dari 2015, masuk tahun baru gaya pun haruslah baru. Ya tak?

Wednesday 28 November 2018

Hardcore In Mono Volume 1

Tu hari, Jimbo text gua. Besok buku siap print. Gua jadi berdebar-debar tak tentu hala. Kali pertama gua melahirkan karya yang bakal masuk market. Gua pernah juga menceburi bidang perniagaan tapi perasaan dia kali ini tidak sama. Perniagaan fotografi pun gua tak teruja macamni.

Bila buku sampai ke tangan gua, gua jadi sebak. Gua nak peluk Jimbo tapi gua rasa takpelah, Jimbo is too legendary nak dipeluk. Gua ni entah siapa-siapa. Apa pun gua akan kenang jasa Jimbo yang approach gua dan letak keyakinan dan harapan terhadap gua.

Terima kasih Jimbo atas kelahiran Hardcore In Mono Volume 1. Semoga generasi punk lain akan ada drive untuk contribute something demi kemeriahan scene hardcore punk Malaysia.

Wednesday 14 November 2018

Mimpi Punk Jadi Realiti

Few weeks back, itu jam gua tengah sibuk maki hamun Wayne Rooney dalam game Jimbo called gua untuk compilekan gambar-gambar Crust Night, event anjuran beliau untuk direleasekan sebagai photozine. Walau bagaimana pun, menurut Jimbo:

"Aku pikir-pikir balik. Nipis sangat lah. Aku tak puas hati. Nanti orang selak-selak rasa tak berbaloi. Kau faham tak maksud aku?"

Ya aku faham. Nanti tak pulang modal pula ya tak? Gua sedikit frust, menyesal pula tak ambil gambar banyak-banyak. Tapi buat apa ambil gambar banyak tapi momentnya sama atau berulang? Tak boleh, brader. Namun apa yang berlaku seterusnya betul-betul buat gua bulat mata.

"Apa kata kita bikinkan buku terus?"

Gua terdiam dengan soalan Jimbo. Kehilangan kata-kata, perasaan kecewa tadi entah terbang ke mana. Itu jam kaki gua macam tak jejak tanah dibuatnya. Photozine to photobook? Possible ke?

"Okay, kita buat macamni..."

The rest is history.

Finally tak lama nanti, within November, dengan usaha sama Broken Noise Records dan Akar Press akan terbit juga buku berjudulkan "Hardcore In Mono". Buku yang gua sendiri tak pernah mimpi nak jadi buku. Sebelum ni gua hanya plan nak jadikan sebagai photozine tapi dek komitmen kerja, hal keluarga, dan juga hal duniawi gua hold dulu sampai terlupa. Penyakit gua yang susah nak buang.

Mempunyai kugiran bukanlah satu-satunya cara nak contribute kemeriahan dalam scene. Menulis zine, membantu homeless, dan juga mendokumentasikan hal-hal scene pun antara perkara turut membantu dalam menaikkan scene. I can feel that the birth of "Hardcore In Mono #1" bakal mencetuskan idea buat golongan punk muda dalam scene hc/punk DIY di luar sana menggunakan ruang gig untuk mendokumentasikan scene hc/punk DIY di Malaysia untuk dijadikan rujukan bagi generasi punk akan datang.

Andai lu tanya gua, band mana yang menjadi favourite di saat gua merakam show diorang. Gua tetap akan jawab dengan Cendol's Dead, Kecik and The Sk8rats dan John MacBaren. Gua jadi bersemangat nak mengejar moment chaos diorang ni. Showmanship band sendiri dan response from crowd sebenarnya menjadikan performance mereka lebih gila! To be honest, gambar-gambar dalam "Hardcore In Mono #1" banyak datang moment-moment tak terjangka dari band-band ini. Asan stage dive sampai roboh stage? Begitu juga Gaga melompat ketika bermain bass? Bukan hari-hari hujan turun, kan?

Jadi harapan gua, "Hardcore In Mono #1" akan habis jualannya dan akan ada jilid 2, 3, 4 dan seterusnya. Kalau boleh gua nak bermimpi, gua harapan buku ni akan sampai worldwide. Itu semua berlaku atas izin Dia. Ada rezeki gua nak release buku baru lagi. Kali ni gua dah set target, gua dah set certain band untuk bakal muncul dalam "Hardcore In Mono" di bawah karya gua lagi.

Target akan datang gua ingin nak shoot Gassed, Second Combat, Straight Answer, Kasrakass, The Bollocks, Blind Tribe, Thy Regiment, Tools of The Trade dan Abrasion. Ada rezeki, gua kejar. Takde rezeki kita watlek watpis lah jangan banyak bunyi.

Apa lah menanti gua di tahun 2019? Berdebar pula rasa.

Sunday 7 October 2018

Rotan

Kalau dah ditinggalkan suami dengan hutang, tiada punca pendapatan yang tetap adakah dengan melacurkan diri dapat menyelesaikan masalah hutang? Jangan salahkan mahkamah.

Go figure.